Mengejutkan… Farid Kamil Minta Diana Diam Lepas Pulang Dari Mahkamah

Pelakon Farid Kamil akui sedikit sebanyak watak yang digalas sebagai peguam syarie dalam drama bersiri terbaru berjudul Qanun 99 memberi tekanan kepada dirinya sehinggakan ia terbawa-bawa ketika berada di rumah.



Farid memberitahu dia pernah meminta isterinya Diana Danielle untuk tidak banyak bertanya atau mengganggunya selepas pulang daripada set penggambaran yang kebanyakannya dilakukan di mahkamah.


Ini pertama kali saya menggalas watak sebagai peguam. Saya akui ia sedikit mencabar, walaupun peguam merupakan kerjaya idaman saya sewaktu saya kecil.

Bukan mudah untuk membawa watak sebagai peguam syarie, banyak perkataan baru yang saya perlu belajar dan penghayatannya juga sedikit berbeza.

Tambahan pula kes-kes dalam setiap episod yang dipaparkan di dalam program ini juga agak berat, jadi ia membuatkan otak kita penat.

Pernah jugalah satu hari tu, saya balik rumah daripada set dan minta Diana diam dan tidak banyak bertanya kerana tidak mahu diganggu. Diana pun faham, katanya kepada murai.com.my

Farid ditemui ketika di set penggambaran hari ke-12 drama bersiri Qanun 99 di Damansara.Drama 13 episod itu disiarkan di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Maya HD (saluran 135) setiap Jumaat, jam 7.30 malam.

Mengulas mengenai Qanun 99, Farid memberitahu, drama tersebut benar-benar membuka matanya tentang permasalahan rumahtangga di Malaysia.

Kesemua bahan kes yang dipaparkan di dalam program ini adalah kes-kes yang benar dan terjadi di dalam mahkamah syariah.

Antaranya kes remaja usia 14 tahun yang mahu berkahwin dan satu lagi kes paling mengejutkan bagaimana seorang suami baharu menyedari yang dia sebenarnya telah berkahwin dengan seorang lelaki setelah 4 tahun bersama,ceritanya.


Drama yang turut dibintangi pelakon tetap, Yana Samsudin merupakan sebuah drama bersiri yang berlatar belakangkan kisah yang terjadi di mahkamah syariah. Diilhamkan dari kisah sebenar, drama ini menggarap pelbagai permasalahan yang pernah berlaku.

Walaupun undang-udang menjadi pencetus kes setiap episod, namun ia lebih memberi fokus kepada kisah di sebalik kes yang dibcarakan di mahkamah. Kebanykan kes-kes yang dimabil adalah kes syariah yang lebih kepada masalah kekeluargaan, munakad dan jenayah.

Artikel oleh Syafiqah Jalal | Sumber: Murai


No comments