Terkini

MH149 Tidak Hilang, Selamat Mendarat Di Melbourne

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berkata pesawat Malaysia Airlines MH149 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur malam tadi selamat mendarat di Melbourne jam 5.21 pagi tadi waktu Malaysia.


MH149 Tidak Hilang, Selamat Mendarat Di Melbourne
MH149 Tidak Hilang, Selamat Mendarat Di Melbourne
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) hari ini menafikan khabar angin kononnya pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH149 yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Melbourne, Australia malam tadi hilang daripada radar dan tidak dapat dikesan.


Ketua Pengarah DCA Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berkata pesawat berkenaan yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 10.07 malam tadi selamat mendarat di Melbourne pada 8.21 pagi waktu tempatan (5.21 pagi waktu Malaysia).

“Ia merupakan satu laporan palsu yang tidak bertanggungjawab dan boleh mencetuskan keresahan kepada awam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai maklumat di laman sosial pesawat MH149 hilang daripada radar. – Bernama



No comments