Terkini

Mualaf Dapat Hak Penjagaan Anak Lelaki, Anak Perempuan Bersama Ibu

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan mualaf, Izwan Abdullah mendapat hak penjagaan anak lelakinya, Nabil (Mithran), 7, manakala bekas isterinya yang beragama Hindu, S Deepa mendapat hak penjagaan anak perempuan mereka, Nurul Nabila (Sharmila), 10.


Mualaf Dapat Hak Penjagaan Anak Lelaki, Anak Perempuan Bersama Ibu

Keputusan itu diputuskan panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif yang bersidang bersama Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Azahar Mohamed.


Hakim Md Raus berkata, mahkamah membuat keputusan itu selepas mendengar kehendak dua kanak-kanak berkenaan yang ditemui secara berasingan dalam kamar hakim sebelum mahkamah bersidang.

Nabil sebelum ini dijaga oleh Izwan, 32, yang dahulunya beragama Hindu, manakala Nurul Nabila oleh Deepa, 33.

Izwan sebelum ini merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memberikan hak penjagaan dua anak mereka yang menganut Islam kepada ibu kanak-kanak itu pada 2014. - Berita Harian



No comments