Muhyiddin Sah Digantung Keahlian Umno, Jawatan Timbalan Presiden Terlucut

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini sah bukan lagi timbalan presiden Umno selepas Majlis Tertinggi (MT) hari ini memutuskan menggantung keahlian beliau yang menyaksikan hilang secara automatik jawatan yang disandang sejak 2009.


Muhyiddin Sah Digantung Keahlian Umno, Jawatan Timbalan Presiden Terlucut

Keputusan tersebut diumumkan setiausaha agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam sidang media sejurus selesai mesyuarat yang berlangsung bermula jam 4 petang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.


Salah seorang ahli MT, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang ditemui wartawan berkata, keputusan hari ini suatu yang baik untuk Umno dan selepas ini mereka perlu menumpukan ke arah usaha mengukuhkan parti.


"Hari ini hari yang baik untuk Umno. Kita tumpukan kepada pengukuhan parti selepas ini," katanya. – 26 Februari, 2016. TheMalaysianInsider



No comments