Mukhriz jangan kecil hati ditolak UMNO Kedah - Hishammuddin

Datuk Seri Mukhriz Mahathir dinasihat supaya tidak berkecil hati apabila pemimpin UMNO Kedah sudah tidak lagi menaruh kepercayaan untuk beliau menerajui negeri itu.


Mukhriz jangan kecil hati ditolak UMNO Kedah - Hishammuddin

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Mukhriz juga tidak perlu berputus asa kerana beliau pemimpin muda yang berjiwa besar.


“Saya melihat beliau adalah seorang pemimpin muda yang berjiwa besar dan terpaksa melalui liku-liku politik yang panjang dan mencabar.

“Oleh itu saya berharap agar beliau tidak berputus asa. Terima kasih atas segala khidmat bakti dan jasa baik yang dicurahkan selama ini di Kedah,” tulisnya di Facebook.

Hishammuddin turut berharap perpaduan dalam kalangan pemimpin UMNO Kedah di setiap peringkat segera diperkukuhkan.

“Saya amat berharap agar kita dapat segera perkukuhkan perpaduan di setiap peringkat. Marilah kembali beri tumpuan penuh kepada kepentingan dan kesejahteraan Kedah serta warganya, terutama dalam situasi ekonomi yang mencabar ketika ini,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, beliau turut berharap agar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berjaya melaksanakan tugasnya untuk memimpin negeri jelapang padi itu.

“Tahniah atas amanah dan tanggungjawab baharu. Rakyat Kedah pastinya meletakkan harapan yang tinggi kepada beliau dan saya yakin, berkat sokongan semua pihak serta pengalamannya yang cukup luas dalam bidang politik, beliau mampu memimpin Kedah dengan baik,” katanya lapor FMT.



No comments