Mukhriz Umum Lepaskan Jawatan Menteri Besar Kedah Serta Merta

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam satu sidang media sebentar tadi mengumumkan meletak jawatan serta merta.


Mukhriz Umum Lepaskan Jawatan Menteri Besar Kedah Serta Merta

Beliau mengumumkan demikian di Bilik Gerakan Negeri,Aras 6 Block E Wisma Darul Aman.

Keputusan ini dibuat selepas kepimpinan UMNO Kedah telah menyatakan hilang keyakinan kepada kepimpinan beliau dua minggu yang lalu.


Selain itu Mukhriz dikatakan terpaksa berbuat demikian selepas Jemaah Pemangku Sultan Kedah berpuas hati bahawa Adun Ayer Hitam itu telah hilang kepercayaan daripada majoriti Adun negeri itu.


#Terkini - Video perletakan jawatan MB Kedah sebentar tadi.
Posted by Rozairi Abd Rahman on Tuesday, February 2, 2016

Difahamkan, istiadat angkat sumpah Menteri Besar akan diadakan pada Khamis ini.



No comments