Header Ads

  • Terkini

    Papan Tanda JKR Nasihatkan Wanita Menutup Aurat Ini Jadi Viral

    Sebuah papan tanda milik Jabatan Kerja Raya (JKR) yang ditulis dengan ayat berunsur nasihat menutup aurat mendapat perhatian ramai hingga menjadi viral di media sosial.


    Papan Tanda JKR Nasihatkan Wanita Menutup Aurat Ini Jadi Viral

    Papan tanda itu dipasang di Jalan Bakau Condong di Batu Pahat Johor dengan ditulis ayat peringatan kepada golongan wanita yang tidak mahu bertudung.


    Harian Metro Online melaporkan, Jurutera JKR Batu Pahat, Alias Mohd Zain memberitahu, papan tanda itu telah dinaikkan sejak Januari lalu dan niat memasangnya adalah untuk memberi nasihat kepada orang ramai khususnya wanita.

    “Niatnya hanya untuk menasihati dan tidak sangka pula ia mendapat perhatian ramai hingga menjadi viral di laman sosial.

    “Pada awalnya papan tanda itu digunakan untuk menyalurkan maklumat mengenai program dijalankan sekitar daerah ini namun kadangkala ia terbiar kosong.

    “Oleh itu, lebih baik ia diisi dengan ayat berbentuk nasihat yang mungkin boleh dijadikan pedoman dan peringatan kepada orang ramai terutama pengguna jalan raya,” ujarnya.



    1 comment:

    1. ni lah salah satu bid'ah. sumber dari kitab mana2 . yg disarankan alquran ialah menutup dada yang terdedah. tapi org melayu ni yang mengambil ilmu dari pelbagai kitab, dan kemudian nak dijadikan popular. baik jkr pastikan jalanraya diturap tidak lobang sana sini. bersihkan rumput2 sampah2 yang tepi jalan. patut ke, org malaysia ni belajar agama di pelbagai negara, kemudian pelbagai benda nak disuruh org islam malaysia buat. tak patutlah, kemudian kita nak panggil islam kita lengkap. pada hal sumber2 ilmu agama dari pelbagai negara, pelbagai kitab, dibawa ke Malaysia. kemudian, nak kata itu salah ini salah. menutup aurah adalah berpakaian sempurna, pakai baju kurung, pun dah tertutup belahan dada. bila ada perempuan yg nak pakai jubah panjang ke pendek ke, terpulanglah. tapi yg pakai sempurna tidak bertudung adalah memadai. dl alquran tidak sebut pun pasal rambut. ni lah bila org jkr tak cukup ilmu tapi nak tunjuk pandai. gi isi jalan2 yang berlobang tu. org sampai mati, langgar lobang. ni lagi laknat dek Allah

      ReplyDelete

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad