Pecat Muhyiddin: Khairuddin akan lapor kepada Pendaftar Pertubuhan

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan dijangka membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) pada 1 Mac ini atas dakwaan bahawa Majlis Tertinggi (MT) UMNO tidak mematuhi peraturan parti itu termasuk menggantung Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden.


Pecat Muhyiddin: Khairuddin akan lapor kepada Pendaftar Pertubuhan

“Digantung jawatan Timbalan Presiden UMNO tanpa sebarang surat tunjuk sebab dan tidak dipanggil oleh jawatankuasa disiplin parti untuk Muhyiddin membela dirinya.


“Dulu saya dibuang dari jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan pun tak pernah dimaklumkan dengan sebarang surat tunjuk sebab dan tidak pernah dipanggil ke ibu pejabat UMNO untuk disoal siasat terlebih dahulu.

“Begitu juga dengan Datuk Hamidah (Osman) yakni Ketua UMNO Bahagian Gopeng pun sama juga dipecat tanpa sebarang tunjuk sebab dihantar pada beliau,” katanya menerusi status di Facebooknya.

Khairuddin berkata, UMNO kini tidak lagi menghormati keputusan pemilihan yang dibuat oleh perwakilan yang terdiri daripada ahli-ahli parti itu.

“Jawatan saya dulu pun menang melalui pemilihan oleh ahli-ahli UMNO di bahagian Batu Kawan. Begitu juga dengan Datuk Hamidah di bahagian Gopeng pun menang melalui pemilihan juga,” tegasnya.

Beliau turut mencabar Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dan ahli-ahli MT UMNO agar menganjurkan pemilihan parti dalam masa segera.

“Jangan tunda sehingga tahun 2018. Kita tengok apa akan jadi pada kalangan kaki-kaki bodek minda lemah otak udang di dalam Majlis Kerja Tertinggi UMNO ini,” tegasnya, lapor Free Malaysia Today



No comments