Top Ad unit 728 × 90

recent

Pelajar Berhenti Ambil SPM Kerana Jaga Datuk Dan Nenek

KUALA KETIL – Seorang cucu yang sepatutnya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun mengambil keputusan untuk berhenti belajar kerana mahu mejaga datuk dan nenek angkatnya.


Pelajar Berhenti Ambil SPM Kerana Jaga Datuk Dan Nenek

Nor Alia Mohd Lutfi, 17, yang tinggal dengan datuknya Othman Yahya, 85, dan neneknya Wan Hasnah Abdul Rahman, 57, sejak lahir berkata kedua-duanya memerlukan orang untuk menjaga mereka yang sudah tua dan turut menghidap pelbagai penyakit.

Wan Hasnah terlantar sejak November tahun lalu akibat menghidap kencing manis dan sakit buah pinggang manakala Othman kerana sakit tua.


“Saya kasihan melihat keadaan mereka yang memerlukan seseorang untuk menjaga,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dia berkata neneknya perlu berulang-alik 12 kali dalam sebulan ke sebuah pusat dialisis dan terpaksa mengupah orang untuk mengangkat dan menghantarnya membuat rawatan.


Ahli Parlimen Baling, Datuk Azeez Abd Rahim yang melawat pasangan itu berjanji untuk memberi sumbangan RM700 sebulan.

Beliau juga berkata beliau akan memastikan Nor Alia dapat bersekolah semula.

Pihak yang ingin menyalur bantuan boleh menghubungi Nor Alia melalui talian 013-5384375 atau akaun Bank Simpanan Nasional milik Othman 02126-29-83139253-0. – Bernama


Pelajar Berhenti Ambil SPM Kerana Jaga Datuk Dan Nenek Reviewed by Adam Hakimie on February 25, 2016 Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by OhDunia.My © 2014 - 2015
Share by GFXFree.Net

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.