Terkini

Pemandu Lori Rempuh 24 Kenderaan Tiada Lesen Memandu

Nibong Tebal – Pemandu lori yang merempuh 22 buah kereta dan dua motosikal yang diparkir di bahu jalan di kawasan Pasar Awam Taman Berjaya di sini semalam didapati tidak mempunyai lesen memandu.


Pemandu Lori Rempuh 24 Kenderaan Tiada Lesen Memandu

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Supt Wan Hassan Wan Ahmad berkata lelaki berusia 30-an itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah SPS kira-kira 9 malam tadi dan kini ditahan untuk membantu siasatan.


“Siasatan awal mendapati lelaki yang bekerja sebagai pemandu lori sejak tahun 2012 itu tidak mempunyai lesen memandu,” katanya di sini hari ini. – Bernama



No comments