Pemuda Kemboja tinggal di atas pokok di Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU: Penduduk Kampung Sungai Pinang, Jalan Kubang Panjang, di sini, gempar melihat kelibat seorang pemuda di atas pokok cengal setinggi kira-kira 50 meter, sejak dua hari lalu.

KUALA TERENGGANU: Penduduk Kampung Sungai Pinang, Jalan Kubang Panjang, di sini, gempar melihat kelibat seorang pemuda di atas pokok cengal setinggi kira-kira 50 meter, sejak dua hari lalu.


Pemuda Kemboja tinggal di atas pokok di Kuala Terengganu

Difahamkan, lelaki yang berasal dari Kemboja itu berada di atas pokok tersebut sejak lewat malam Khamis lalu, namun sehingga semalam, masih tidak mahu turun dari pokok berkenaan.


Bagaimanapun, usaha memujuk dan menenangkan bapa kepada dua anak itu diteruskan sehingga semalam dengan kerjasama daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu bersama beberapa penduduk kampung termasuk kenalan dari negaranya.

Menurut sumber, kehadiran pemuda itu di atas pokok terbabit hanya disedari beberapa penduduk kampung sekitar jam 11 malam selepas terdengar suara orang meminta tolong.

“Namun, disebabkan ketika itu cuaca gelap, jadi penduduk kampung mengambil keputusan untuk membantunya kira-kira jam 9 pagi, kelmarin.

BACA JUGA: Gara-Gara Merajuk Dengan Bini, Lelaki Ini Melepak Atas Pokok Kelapa


“Tetapi disebabkan dia masih enggan turun walaupun puas dipujuk lebih sejam, penduduk terpaksa menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan kerana bimbangkan keselamatannya,” katanya.

Punca sebenar lelaki yang bekerja sebagai buruh itu sanggup bermalam di atas pokok sehingga dua malam masih tidak diketahui.

Menurut rakan senegaranya yang turut cuba memujuk memaklumkan pemuda itu takut dan panik hendak turun disebabkan melihat orang ramai berada di kawasan terbabit dan dalam masa sama, pemuda itu mengugut mahu terjun dari atas.

Sementara itu, Ketua Operasi, Pegawai Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Hairisyam Mat Tahar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 12.30 tengah hari, kelmarin, dan seramai sembilan anggota serta pegawai dikerahkan ke lokasi.

“Kita masih meneruskan usaha bagi memujuk mangsa termasuk memberi makanan agar dia turun dengan selamat dan tidak melakukan perkara tidak diingini tetapi sehingga hari ini (semalam), masih tidak berhasil.

“Pihak kami menggunakan pelbagai taktik untuk memujuknya, namun tidak berhasil selain faktor angin yang kuat menyebabkan situasi semakin rumit dan berbahaya,” katanya.

Usaha memujuk pemuda itu masih diteruskan sehingga semalam dengan kerjasama penduduk kampung dan anggota Rela serta Jabatan Pertahanan Awam (JPAM). -Sinar Harian



COMMENTS

Name

aidilfitri,19,akhir zaman,40,akhirat,9,Al-Quran,27,arbain nawawi,5,artis,1218,aurat,34,Bacaan Doa,4,blogging,13,bulan islam,6,dajjal,22,darah wanita,3,download,6,Drama,16,ebola,7,English,21,filem,23,fiqh,27,freemasonary,6,global,1337,hidayah,45,hijrah,3,illuminati,11,imam mahdi,7,informasi,2307,inspirasi,56,isu semasa,854,jenayah,747,kebangkitan,5,Kebesaran Allah,111,kematian,16,khilafah,10,khusnul khotimah,16,kisah al-quran,16,Kisah Nabi,31,Kisah Teladan,226,konspirasi,49,Krisis Mesir,26,lahad datu,74,masjid,16,MH17,177,MH370,385,motivasi,14,muharram,3,munakahat,5,Nabi Ibrahim,3,Nabi Musa,7,Nabi Sulaiman,6,NSFW,139,paranomal,70,pelajaran,124,Pelik,217,pluralisme,2,PMR,20,PT3,64,putera bani tamin,2,QZ8501,53,ragam,1457,ramadhan,49,Rasulullah,22,raya,3,satanisme,8,sejarah,52,sekularisme,3,SJ Agama,13,solat,17,solat sunat,6,songsang,28,SPM,9,su'ul khotimah,15,sukan,129,syiah,19,tauhid,4,tazkirah,83,tokoh ilmuwan,15,tokoh muslim,21,UAI,14,ulama' nusantara,7,video,248,wanita,36,widget,7,Wordless-Wednesday,7,worldcup,54,yahudi,51,
ltr
item
OhDunia.My: Pemuda Kemboja tinggal di atas pokok di Kuala Terengganu
Pemuda Kemboja tinggal di atas pokok di Kuala Terengganu
KUALA TERENGGANU: Penduduk Kampung Sungai Pinang, Jalan Kubang Panjang, di sini, gempar melihat kelibat seorang pemuda di atas pokok cengal setinggi kira-kira 50 meter, sejak dua hari lalu.
https://4.bp.blogspot.com/-SvK8gRbuNxY/VrbtiXnyH7I/AAAAAAAA1hs/u2QdEJrmCqw/s640/tinggal-atas-pokok.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-SvK8gRbuNxY/VrbtiXnyH7I/AAAAAAAA1hs/u2QdEJrmCqw/s72-c/tinggal-atas-pokok.jpg
OhDunia.My
http://www.ohdunia.my/2016/02/pemuda-kemboja-tinggal-di-atas-pokok.html
http://www.ohdunia.my/
http://www.ohdunia.my/
http://www.ohdunia.my/2016/02/pemuda-kemboja-tinggal-di-atas-pokok.html
true
2744712085685001279
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy