Terkini

Peniaga nasi kandar yang maut ditembak sudah ramal nasib yang bakal menimpa

PENGUSAHA restoran nasi kandar yang maut ditembak awal pagi tadi, Syed Amen Jainul Abidin, 46, seolah-olah sudah dapat merasakan tragedi yang bakal menimpanya.


Peniaga nasi kandar yang maut ditembak sudah ramal nasib yang bakal menimpa

Dalam satu status yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya dengan nama pengedali ‘Amin Beyond’, Allahyarham yang merujuk satu kejadian tembakan, meramalkan perkara yang sama akan menimpanya satu hari nanti.


Status seperti gambar di atas dimuat naik oleh Syed Amen pada 4 Disember lalu.

Melalui status berkenaan, Syed Amen turut meluahkan dia tidak takut dengan kemungkinan itu kerana ajal dan maut ditentukan Allah.

BACA: Lelaki Pernah Jadi Viral Mengamuk Di JPJ Sebelum Ini, Maut Ditembak

Gerak hati itu dirasakan Syed Amen memandangkan dia ada menerima ugutan akibat kerja-kerja kemasyarakatan yang dilakukannya.

Peniaga nasi kandar yang maut ditembak sudah ramal nasib yang bakal menimpa

Difahamkan, Syed Amen aktif sebagai seorang aktivis dan banyak membantu usaha mempertahankan hak kaum Melayu di Pulau Pinang.

Dia juga pernah dianugerahkan Anugerah Ikon Bumiputera pada tahun 2008.

 Syed Amen

Syed Amen sebelum ini tidak mengaku bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cawangan Batu Uban pada 26 November lepas. – Foto Bernama

Tinjauan di akaun Facebook berkenaan mendapati log in terakhir Syed Amen adalah sekitar jam 2 pagi tadi.

Dia sebelum ini menggegarkan negara dengan kes mengaibkan seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada November tahun lepas, yang didakwanya tidak jujur dalam menjalankan tugas sehingga mendatangkan kesukaran buatnya.

Syed Amen ditembak mati ketika berada di dalam kereta Mercedes Benz miliknya di George Town, kira-kira jam 3.30 pagi tadi di hadapan sebuah kedai pameran motosikal berkuasa tinggi.

Kes kini sedang disiasat polis.



No comments