Terkini

Peringatan! Sindiket Tangkap Gambar & Rompak

DALAM kedaaan rakyat Malaysia kini kecoh mengenai isu kemasukan 1.5 juta warga Bangladesh ke Malaysia, ada baiknya juga sekiranya orang ramai lebih berwaspada terhadap keselamatan diri, mahupun harta benda.


Sindiket Tangkap Gambar & Rompak
Peringatan! Sindiket Tangkap Gambar & Rompak
Sebagai peringatan umum, sindiket rompakan menggunakan modus operandi tanpa anda sedari mungkin sedang menyasarkan anda sebagai mangsa seterusnya.


Ini kerana, berdasarkan poster yang dikeluarkan oleh pihak polis Malaysia beberapa tahun lalu memberi peringatan kepada orang ramai dalam usaha menumpaskan sindiket tersebut.

Menerusi gambar rajah ‘Snap & Grab’, ia memperincikan enam cara bagaimana suspek mengintip mangsa dengan menangkap gambar mangsa yang sedang mengeluarkan wang tunai tanpa disedari.

Sindiket Tangkap Gambar & Rompak


Suspek yang menjalankan sindiket tersebut secara berkumpulan kemudiannya menghantar gambar mangsa – sebagai contoh ketika berada di bank; kepada anggota lain yang sedang menunggu isyarat untuk menyerang mangsa dari luar.

Akibatnya, mangsa yang tidak menyedari bahawa dirinya menjadi sasaran akan diekori oleh sindiket tersebut, sebelum suspek bertindak menahan dan merompak mangsa di kawasan sunyi.

Ia mungkin satu gambaran yang boleh menakutkan orang ramai, namun sindiket rompakan ini perlu diberi perhatian.

Ironinya, dalam keadaan semasa yang mana setiap orang sekurang-kurangnya memiliki telefon bimbit, dan trend rompakan ini sukar untuk dikesan, tidak salah sekiranya orang ramai lebih berhati-hati. - mD



No comments