Perompak Guna Jengkaut Larikan Dua Mesin ATM

KUALA SELANGOR: Dua buah mesin teler automatik (ATM) dilarikan sekumpulan penjenayah dengan menggunakan sebuah jengkaut di Bestari Jaya di sini kira-kira pukul 5 pagi tadi.


Perompak Guna Jengkaut Larikan Dua Mesin ATM

Menurut sumber, suspek memindahkan mesin-mesin itu ke dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda lalu melarikan diri.


"Jengkaut yang digunakan untuk melarikan mesin ATM tersebut ditinggalkan di tempat kejadian.

"Siasatan ke atas pemilik jengkaut dan jumlah wang yang dilarikan masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

-Kosmo!



No comments