Terkini

Polis Buru Suspek Kes Rusuhan, Bunuh Di Pusat Hiburan

Kuala Lumpur – Polis sedang memburu 20 suspek yang menyerang dua lelaki dalam rusuhan di pusat hiburan di Batu Tiga, Jalan Ipoh di sini pada 12 Feb lepas.


Polis Buru Suspek Kes Rusuhan, Bunuh Di Pusat Hiburan

Ketua Polis Daerah Sentul ACP R. Munusamy berkata setakat ini pihaknya telah mengenal pasti seorang individu dari Lenggeng, Negeri Sembilan yang dipercayai terlibat dalam kes itu dan masih mengesan suspek lain.


Menurutnya dalam kejadian pukul 12.52 pagi itu, mangsa yang masing-masing berumur 37 dan 35 tahun cedera di muka, kepala, tangan, mata dan anggota badan selepas diserang sekumpulan lelaki berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun dengan parang, pisau dan kayu snuker.

Semua suspek kemudian melarikan diri manakala mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan dan keadaan mereka dilaporkan stabil. – Bernama


No comments