Remy Ishak Jumpa Jemaah Mirip Bapanya Ketika Di Makkah

Berkesempatan berjumpa individu seiras bapanya ketika menunaikan umrah di tanah Suci Mekah baru-baru ini, itu merupakan antara pengalaman menakjubkan yang dialami Remy Ishak.


Remy Ishak Jumpa Jemaah Mirip Bapanya Ketika di Makkah
Remy Ishak Jumpa Jemaah Mirip Bapanya Ketika di Makkah
Memetik laporan BH online, Remy menyifatkan pengalaman tersebut sekali gus mengubati rasa bersalah dalam diri pelakon berusia 34 tahun ini kerana tidak berpeluang berjumpa bapanya sebelum berangkat ke Makkah kerana kekangan masa.


"Sejurus selepas pulang dari New York kerana menjalani penggambaran Rumi dan Jawi, saya terus berangkat ke Makkah esoknya. Justeru, saya tidak sempat untuk berjumpa bapa yang berada di kampung ketika itu.

BACA: Remy Ishak Lunas Janji Bawa Ibu Tunaikan Umrah

"Alhamdulillah, ibarat doa saya dimakbulkan apabila dipertemukan dengan seorang jemaah yang seiras bapa saya. Malah, saya mengambil pendekatan untuk menghantar mesej kepada bapa menanyakan khabar selepas insiden itu.

"Benar keajaiban berada di sana sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Apa saja yang terdetik di hati, dengan izin Allah dipermudahkan segala urusan," katanya.

Selain itu Remy juga teruja kerana berpeluang menghulurkan sedekah kepada hadirin di Masjidil Haram bersama seorang ustaz yang dikenali di sana, Sheikh Jamil.

"Biarpun cuaca di sana tidak dapat diduga, namun saya bersyukur kerana jemputan ke Tanah Suci bersama ibu berjalan lancar.

"Pengalaman memberi sedekah di sana membuka mata saya untuk melihat kehidupan dengan perspektif berbeza. Diharapkan, apa yang saya timba di sana dapat diaplikasikan di sini," katanya

Remy telah selamat kembali ke tanah air setelah berada di Tanah Suci selama sembilan hari bagi menunaikan ibadat umrah bersama-sama ibunya.



No comments