Restoran Stimbot di Damansara kantoi kenakan caj perkhidmatan walaupun beroperasi secara layan diri

Dua pegawai penguat kuasa KPDNKK menunjukkan notis caj perkhidmatan (kanan) yang tidak memenuhi spesifikasi manakala notis (kiri) mengikut Perintah Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (Penandaan Caj Perkhidmatan Bagi Hotel dan Restoran) 2015.


Restoran Stimbot di Damansara kantoi kenakan caj perkhidmatan walaupun beroperasi secara layan diriRestoran Stimbot di Damansara kantoi kenakan caj perkhidmatan walaupun beroperasi secara layan diri

Sah! Sebuah restoran stimbot di Damansara dekat sini beroperasi secara layan diri tetapi mengenakan caj perkhidmatan kepada pelanggan.

Pemeriksaan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor mengesahkan tindakan premis berkenaan pada Rabu.


Pengarahnya, Abdul Rosik Yakub berkata, premis tersebut hanya menjalankan sebahagian operasi secara layan diri pada waktu tertentu kerana ia turut menawarkan hidangan ‘ala carte’ yang memerlukan khidmat pekerja melayan pelanggan.

Bagaimanapun katanya, berdasarkan peruntukan sedia ada, pemeriksaan penguatkuasaan merujuk kepada notis caj perkhidmatan yang dipamerkan di premis.

“Kita dapati premis berkenaan tidak mematuhi tanda caj perkhidmatan di bawah Perintah Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2015.

“Kita akan ambil tindakan terhadap premis itu kerana tidak ikut spesifikasi notis berkenaan,” katanya kepada mStar Online sambil menambah bahawa pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut ke atas premis terbabit.

Operasi penguatkuasaan KPDNKK Selangor ke atas premis tersebut susulan laporanmStar Online pada pagi Rabu yang mendedahkan restoran stimbot itu beroperasi secara layan diri tetapi mengenakan caj perkhidmatan kepada pelanggan.

Peraturan KPDNKK melarang premis yang beroperasi secara layan diri mengenakan caj perkhidmatan kepada pelanggan.

Operasi yang diadakan pada kira-kira pukul 1 tengah hari itu membabitkan empat pegawai penguat kuasa KPDNKK Selangor.

Abdul Rosik berkata, pegawai penguat kuasa telah mengarahkan premis berkenaan mengubah notis caj perkhidmatan mengikut Perintah Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (Penandaan Caj Perkhidmatan Bagi Hotel dan Restoran) 2015.

Tambahnya, premis tersebut turut dinasihatkan untuk memaparkan notis berkenaan di hadapan premis secara kekal berbanding sebelum ini hanya diletakkan kaunter, di dalam bekas mudah alih.

“Kita memberi penerangan berkaitan caj perkhidmatan terutama notis caj berkenaan supaya ia tidak mengelirukan pengguna,” ujar Abdul Rosik.

Restoran Stimbot di Damansara kantoi kenakan caj perkhidmatan walaupun beroperasi secara layan diri

Sebanyak 2,532 premis makanan telah diperiksa pihak berkuasa melibatkan peraturan mempamerkan notis caj perkhidmatan sejak tahun lalu hingga 17 Februari ini.


mStar Online pada Selasa melaporkan ribuan premis makanan termasuk hotel bakal berdepan tindakan tegas kerana didapati menyalahgunakan notis caj perkhidmatan 10 peratus yang dikenakan kepada pelanggan.

Pengusaha premis terlibat didapati mengelirukan pengguna kerana bertindak mengenakan caj berkenaan walaupun tidak memenuhi syarat untuk berbuat demikian.

KPDNKK kini dalam proses merangka peraturan baharu bagi mengenakan tindakan terhadap semua premis terlibat mengikut pindaan Akta Perlindungan Pengguna. Sumber: mStar


No comments