Saya akan panik dan serius soal jodoh bila sudah berumur 30 tahun

Figura anggun iaitu Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor ketika ini giat dalam perusahaan perniagaan tudung bagaimanapun tidak mahu memikirkan soal jodoh lagi.


Neelofa akan panik dan serius soal jodoh bila sudah berumur 30 tahun

“Kalau kita mempunyai kekasih hati sudah tentu kita mahu mengikat perhubungan itu ke arah lebih serius dan mendirikan rumah tangga. Hakikatnya sekarang ini saya masih lagi tidak mempunyai kekasih hati.


“Walau bagaimanapun, saya akan lebih panik dan serius untuk memikirkan soal jodoh bila mana usia menjangkau 30 tahun nanti,” katanya sambil berseloroh.

Pengacara terkenal MeleTOP ini turut berkata, buat sementara waktu ini dia mahu lebih fokus dengan kerjanya sekarang.

Dalam artikel sebelum ini, Neelofa yang boleh dikategorikan sudah berjaya dalam cabang perniagaan, ada menyatakan hasrat untuk membuka cawangan tudungnya di New York nanti. Sumber: www.mediahiburan.my



No comments