Terkini

Saya merayu tolong susukan anak saya, anak saya lapar susu ibu

“Saya merayu supaya ada individu yang sudi menyusukan anak saya kerana saya tak mampu menyusukannya,” kata Nurul Jannah Mustaffa, 25.


Saya merayu tolong susukan anak saya, anak saya lapar susu ibu

Menceritakan masalahnya kepada Harian Metro, suri rumah itu berkata, anaknya bongsunya Aaron Hishammudin Shahrolnizam Shamsul Baharin berusia sebulan berkemungkinan menghadapi masalah penghadaman.


Nurul Jannah yang menetap di Presint 5, Putrajaya itu berkata, selepas empat hari melahirkan bayinya pada 6 Januari lalu, dia tidak dapat menyusukan Aaron Hishammudin Shahrolnizam berikutan susu tidak keluar dari badan.

“Doktor menyuruh saya menyusukan anak, puas berusaha tapi air tetap tak keluar. Masalah itu menyebabkan anak menangis kerana lapar.

“Waktu itu kami bernasib baik kerana Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) memberi susu simpanan tapi tidak banyak,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Sumber: Harian Metro



No comments