Header Ads

  • Terkini

    Si Tuah, Kucing Bermuka Dua Sudah ‘Pergi’ Buat Selamanya

    KUALA TERENGGANU, 23 Feb: Kucing berwajah dua, atau Si Tuah, disahkan mati kira-kira jam 7 pagi tadi.


    Si Tuah, Kucing Bermuka Dua Sudah ‘Pergi’ Buat Selamanya

    Pemilik kucing unik tersebut, Siti Ruszaihaa Mamat, 28, berkata dia terkejut melihat kucing tersebut tidak bernyawa pagi tadi dengan kesan darah di hidungnya.


    “Fizikal kucing berkenaan tidak menunjukkan ia sakit, namun malam tadi Tuah mengalami pendarahan pada hidung.

    “Besar kemungkinan susu formula yang diberi tidak sesuai kerana Tuah banyak membuang air. “Saya gembira kerana berpeluang menjaganya walaupun tidak lama,” katanya sebagaimana lapor BH Online.

    BACA: “Ramai Tawar Nak Beli Si Tuah” – Tuan Kucing Bermuka Dua

    Sebelum ini, Si Tuah mencuri tumpuan ramai apabila gambar dan kisahnya disebarkan melalui media sosial dan juga aplikasi Whatsapp.



    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad