Sirul Bakal Bongkar Rahsia Dalang Konspirasi Jatuhkan Najib

Bekas anggota polis Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul Azhar dilaporkan bakal mendedahkan nama-nama individu yang terlibat dalam kes pembunuhan model Altantuya Shaariibuu.


Sirul Bakal Bongkar Rahsia Dalang Konspirasi Jatuhkan Najib
Sirul Bakal Bongkar Rahsia Dalang Konspirasi Jatuhkan Najib
Portal berita The Australian melaporkan, pendedahan tersebut berdasarkan penyebaran tiga video soal siasat pihak berkuasa Astralia terhadap Sirul di Pusat Tahanan Villawood, Sydney.

Rakaman video tersebut menunjukkan Sirul menafikan kesemua dakwaaan terhadap dirinya selain menafikan penglibatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes berkenaan.


“Saya faham terdapat jarum-jarum halus yang mempunyai kepentingan dalam menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan saya berani bersumpah bahawa beliau tidak langsung terlibat dan dapat dikaitkan dengan kes ini,” kata Sirul dalam rakaman video tersebut.

BACA: Najib tak terlibat dalam pembunuhan Altantuya, kata Sirul (Video)

Walaubagamanapun video keempat bakal didedahkan dengan menyebut nama dalang sebenar pembunuan tersebut.

“Menurut sumber kami,terdapat video keempat iaitu video terakhir dari Sirul mengenai dalang sebenar dalam usaha-usaha jahat yang menghasut dan merasuahnya untuk mencemarkan nama Perdana Menteri,” tambah ketua penyunting portal berita Malaysiakini, RK Anand semalam.

Selain itu, Sirul turut menafikan bahawa Altantuya mengandung anak kepada seorang orang berkepentingan Malaysia ketika beliau ditembak sebelum diletupkan pada 2006.

Peguam Sirul menjelaskan anak guamnya pernah menerima panggilan dari Malaysia ingin membantunya menyelesaikan kes yang dihadapinya dengan meletakkan syarat isu tersebut digunakan sebagai instrumen politik.

Laporan Malaysiakini dalam pada itu menyebut, ibu Sirul, Piah Samad pernah membuat pengakuan di mahkamah mendedahkan Dr Mahathir berniat untuk menelefon Sirul di Villawood.

Mahathir juga telah beberapa kali menyeru agar kenyataan Sirul mengatakan beliau hanya menerima arahan dan pembunuh sebenar masih berleluasa disiasat pihak berkuasa.

Penglibatan Altantuya dalam kes ini bermula sewaktu beliau berkhidmat sebagai pengalih bahasa dalam perjanjian pembelian kapal antara kerajaan Malaysia dan Perancis sebelum mendakwa Razak Baginda gagal membayar perkhidmatannya bernilai, US$500,000.

Najib sewaktu itu menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan juga dikecam Mahathir dengan menuduhnya menggelapkan wang bernilai RM957 juta dalam proses pembelian kapal selam tersebut.

Najib dibuktikan tidak terbabit dengan kes ini justeru bebas dari semua tuduhan dari terlibat dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Manakala, defendan Razak Baginda telah didakwa sebagai aksesori utama dalam pembunuhan Altantuya namun dibebaskan dari tuduhan tanpa sebarang pembelaan di mahkamah. -mD



No comments