Sosej Berbentuk Lucah Buat Peniaga Di Jonker Walk Rasa Malu

MELAKA - Peniaga-peniaga di Jonker Walk berkata penjualan sosej berbentuk kemaluan lelaki amat memalukan komuniti peniagaan pasar malam di sini.


Sosej Berbentuk Lucah Buat Peniaga Di Jonker Walk Rasa Malu
Sosej Berbentuk Lucah Buat Peniaga Di Jonker Walk Rasa Malu (Gambar Hiasan)
Penasihat Jawatankuasa Jonker Walk Datuk Gan Tian Loo berkata, penjualan bentuk makanan itu menimbulkan kemarahan peniaga-peniaga dan komuniti tempatan.

Gan berkata, pengeluar makanan tersebut membeli alat membuat wafel itu dari Taiwan malah telah menjadi popular di kalangan pelancong asing, bukannya masyarakat tempatan.


Jelas beliau, tindakan itu telah menjatuhkan reputasi Jonker Walk yang sememangnya terkenal antara destinasi makanan.

"Peniaga-peniaga meluahkan kekecewaan ketika mengadakan perjumpaan pagi Isnin," jelasnya.

Menurut Gan, pengeluar berusia lewat 20-an itu telah mengaku kesilapannya dan memohon maaf di atas tinkannya itu yang dianggap sebagai cuba membuat kelainan di Jonker Walk.

Sebelum ini, Datuk Bandar, Datuk Zainal Hussin berkata, pengeluar makanan itu telah diberi notis mengenai penjualan itu yang boleh menyebabkan lesen perniagaannya dibatalkan.

Sumber: mStar



No comments