Header Ads

  • Terkini

    Suami Isteri Godam Touch ‘n Go Dapat Tambah Nilai RM1,500

    Suami isteri berusia 40-an ditahan selepas dikesan menggodam kad tambah nilai Touch ‘n Go, dengan menambah nilai tanpa kebenaran sehingga maksimum RM1,500 pada 9.30 malam, Isnin lalu.


    Peralatan Godam Touch & Go Dirampas Polis
    Peralatan Godam Touch & Go Dirampas Polis
    Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, mereka ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) .

    Katanya, hasil serbuan di kediaman mereka, komputer riba, kad tambah nilai, alat elektronik Smart Tag dan telefon bimbit dirampas.


    “Mereka dikesan menggunakan perisian yang di muat turun menerusi rangkaian internet sebelum memindahkan aplikasi terbabit di dalam telefon bimbit untuk menggodam kad tambah nilai Touch n Go.

    “Menerusi aplikasi berkenaan mereka melakukan tambah nilai tanpa kebenaran sehingga had maksimum RM1,500 tanpa kebenaran pihak Touch ‘n Go.

    “Siasatan mendapati mereka menggunakan kad terbabit untuk bayaran tol dan membeli barangan di pasar raya yang membenarkan pengunaan kad Touc ‘n Go,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, di sini, pagi tadi.

    Mohd Zani berkata, suspek direman selama empat hari sehingga 27 Februari lalu dan kini dibebaskan dengan jaminan polis bagi menunggu siasatan terhadap transaksi kad digunakan menerusi kerjasama dengan syarikat Touch ‘n Go Sdn Bhd.

    Katanya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 4 Akta Jenayah Komputer 1997.

    Sumber: Harian Metro



    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad