Suami Main Kayu Tiga Ketika Pregnant, Wanita Ini Kesal Beri Peluang Kedua Apabila Sekali Lagi.

Perkahwinan bukanlah satu perjudian, sebaliknya perkahwinan adalah perjanjian yang termeterai saat akad dilafazkan. Kalau korang nak kahwin fahamkan perkara ini betul-betul supaya kelak disaat bahtera perkahwinan korang diuji, korang dah bersedia.



Tapi zaman sekarang ni kalau diamati betul-betul ramai je bakal pengantin tu makin dekat dengan tarikh akad makin sibuk membuat persiapan majlis. Memang la majlis tu penting untuk mewar-warkan yang korang tu dah nak kahwin. Tapi kalau boleh kenalah balance dengan mempersiapkan diri dengan ilmu melayari perkahwinan. #sekadarberpesan


Malaysia ni kes cerai dia makin meningkat saban tahun. Puncanya banyak yang tidak sefahaman,kami pelik la kalau boleh bercinta dari zaman sekolah rendah tapi baru saja kahwin dah gaduh sampai ada yang bercerai mana cinta yang dijaga selama ni?. Itu semua sudah ketentuan-Nya, jadi kita yang hanya mampu merancang ni fikirlah panjang-panjang.

Ikuti luahan bekas isteri terhadap bekas suami yang curang dan juga bekas keluarga mertua yang menjengkelkan saat sarat mengandung dan dibiarkan menghadapi kesusahan seorang sendiri.

Hormati antara pasangan.



Korang jangan anggap perkahwinan tu macam main kahwin-kahwin zaman kanak-kanak tau. Ini sampaikan isteri tu tengah sarat dibiarkan seorang diri. Kesian pula kalau dikenang nasib kawan kita ni. Tanggungjawab isteri sudah dilaksanakan dengan baik, jadi tak perlu risau kerana Allah tahu segala-galanya.

Bersangka baik terhadap suami, ini pula balasannya? Tabah la kawan.


Sebagai seorang suami, kalau korang rasa tak bersedia lagi nak kahwin janganlah tergesa-gesa nak akad nikah. Kadang-kadang benda macam ni la berlaku, katanya tak sempat nak enjoy la itu la ini la. Akhirnya bila gerbang perkahwinan tu dah bosan mula menyalahkan pihak situ pihak sini dan banyak lagi la sehinggakan berlakunya perceraian.

Campur tangan keluarga membawa padah.


Biasanya kalau korang kahwin muda pasti dapat galakan daripada keluarga dua-dua belah pihak, dan semestinya bila berlaku sebarang masalah kedua-dua pihak ini perlu tahu. Tapi jangan pula keluarga hanya mendengar daripada sebelah pihak sahaja kemudian mula mempertahankan anak masing-masing kononnya anak awak tu tak pernah melakukan kesalahan.


Perlu ada timbang tara sebelum membuat sebarang keputusan, kalau baca kisah luahan hati Nad ni korang mesti geram sebab sudah jatuh ditimpa tangga. Sudah ditinggalkan suami dicemuh oleh keluarga mertua. Tak patut tak patut. Tapi akhirnya bila Allah tu nak tunjuk sekejap je kan?

Kami harap tiada lagi kes yang sebegini sebab kalau korang sendiri berhadapan dengan situasi ni apa korang nak buat? So fikir-fikirkan jangan terburu-buru, kami hanya berkongsi anda yang tentukan.

Sumber: Facebook.com


No comments