Suami terkejut isteri hadir pada majlis pengebumiannya!!..

Pelik bunyi tajuk berita ini.. tetapi inilah yang berlaku. Suami terkejut isteri hadir pada majlis pengebumiannya!!.. Di Melbourne: Kemunculan seorang wanita pada majlis pengebumiannya mengejutkan tetamu yang hadir, terutama suaminya yang menyangka beliau sudah dibunuh pembunuh upahan.



NOELA Rukundo sengaja bertindak demikian bagi membalas dendam di atas perbuatan suaminya, Balenga Kalala (gambar kecil)
Noela Rukundo sengaja bertindak demikian bagi membalas dendam di atas perbuatan suaminya, Balenga Kalala. “Betulkah apa yang saya lihat? Adakah ini hantu?”


Kalala bertanya dalam keadaan tidak percaya ketika menyentuh bahu Rukundo untuk mengesahkan beliau benar-benar hidup. “Kejutan! Saya masih hidup!” Rukundo menjerit membalas.

Beberapa hari sebelum itu, Rukundo dan Kalal mengunjungi Asia Timur untuk menghadiri majlis pengebumian ibu Rukundo. Tidak lama kemudian, Rukundo diculik lelaki bersenjata di luar hotel Bujumbura.

“Apa yang kamu buat sehingga suami kamu mengupah kami membunuh kamu?” tanya salah seorang penculik. “Suami saya tidak menghantar orang membunuh saya,” balas Rukundo.

Penculik menggelar beliau bodoh dan membiarkan Rukundo mendengar rakaman panggilan telefon mendedahkan suaminya mengarahkan pembunuhannya.

Bagaimanapun, Rukundo selamat kerana kumpulan penculik itu enggan membunuh wanita dan mereka mengenali saudara lelakinya.

Mereka kemudian membebaskan Rukundo dan memberikan telefon serta bukti rancangan jahat Kalala. Di Melbourne, Kalala memberitahu keluarga dan rakan Rukundo terbunuh dalam satu kemalangan.

Namun Rukundo berjaya pulang ke negaranya dengan bantuan Kedutaan Kenya dan Belgium selain paderi di kampungnya.

Kalala menafikan rancangannya tetapi kemudian mengaku dalam panggilan yang dirakamkan polis. Beliau kini menjalani hukuman penjara sembilan tahun. – Agensi



No comments