Terkini

Surat Minta Ibu Bapa Hadir Mesyuarat PIBG Berbaju Pink Kerana Kehadiran Dr. Vida

Susulan satu surat yang tersebar meminta meminta agar ibu bapa hadir ke mesyuarat PIBG dengan berbaju pink, NUTP menggesa agar Dr. Vida tidak menggangu pengajaran sekolah.


Surat Minta Ibu Bapa Hadir Mesyuarat PIBG Berbaju Pink Kerana Kehadiran Dr. Vida
Menurut presiden NUTP, Hashim Adnan, sekolah merupakan tempat untuk pelajar menimba ilmu dan tidak wajar ia digunakan sebagai tempat untuk mempromosi produk kesihatan.


“Saya mengharapkan agar guru besar sekolah itu tidak melebihi batas dengan menjalankan promosi barangan sewaktu aktiviti pembelajaran diadakan kerana saya khuatir mengganggu konsentrasi pelajar”, katanya memetik lapora akhbar Kosmo bertarikh 16 Feb.


Beliau berkata sedemikian ketika diminta mengulas tentang surat terbabit.



Selain dari ajakan ke mesyuarat PIBG, surat terbabit turut meminta ibu bapa untuk mengajak rakan-rakan, jiran dan pasangan untuk memeriahkan promosi produk Qu Puteh keluaran Dr. Vida yang dijual pada harga Istimewa.





No comments