Terkini


Susulan Amaran Ancaman Keganasan, Polis Beri Jaminan KL Selamat

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa memberi jaminan kepada orang ramai bahawa situasi di ibu kota adalah selamat walaupun kerajaan Australia telah mengeluarkan amaran keganasan.


Susulan Amaran Ancaman Keganasan, Polis Beri Jaminan KL Selamat

“Kami tidak menerima sebarang maklumat risikan yang menunjukkan ancaman keganasan.

“Kami berada pada tahap pengawasan berterusan dan kawalan keselamatan telah dipertingkat sejak beberapa bulan lalu. Bandar ini adalah selamat daripada sebarang ancaman keganasan setakat ini,” katanya ketika dihubungi, Ahad.


Tajuddin berkata demikian sebagai mengulas amaran keganasan yang dikeluarkan oleh kerajaan Australia pada Ahad, menyatakan tentang kemungkinan berlakunya serangan pengganas di ibu kota.

Penasihat perjalanan telah membuat siaran di laman web Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Australia menyatakan bahawa ‘serangan sembarangan mungkin dilakukan dan mungkin mensasarkan kepentingan Barat atau lokasi yang sering dikunjungi oleh orang Barat’ sebagai kemungkinan sasaran.

Ia juga menasihatkan rakyat Australia supaya ‘menimbang semula keperluan untuk pergi ke kawasan pantai timur Sabah’. - Sumber: MStar



No comments