Terkini


“Tak pernah bercerai, macam mana dia boleh duda?” – Isteri teman lelaki Adel AF2014 tampil

Baru-baru ni kemain kecoh dekat sosial media tentang seorang peserta wanita AF2014, Adel yang dikatakan bercinta dengan suami orang. Suami orang? Siapakah lelaki itu? Jeng jeng jeng! Siap ada yang cakap mereka berdua ni keluar masuk hotel.


Isteri teman lelaki Adel AF2014
Isteri teman lelaki Adel AF2014
Uish! Sampai macam tu dakwaan yang dilemparkan. Betul ke? Tak tahu lah kan.

Tapi empunya badan pula menafikan dakwaan itu dan menyifatkan ia sebagai fitnah buat dirinya. Adel juga ada memberitahu bahawa teman lelakinya pernah mengaku duda pada permulaan perkenalan mereka berdua dan sekarang ni dalam proses penceraian dengan isterinya.


Tapi nak dijadikan cerita, isteri kepada teman lelaki Adel tampil untuk menegakkan kebenaran dan dakwaan yang sebelum ini diperkatakan oleh Adel sendiri. Katanya, apa yang didakwa oleh si Adel tu sebenarnya hanya menipu orang ramai dan hanya untuk menyelematkan diri sahaja.


Jom kita baca apa penjelasan dari isteri kepada teman lelaki Adel ini.

Selama enam tahun bersama suami keluarga saya bahagia. Mulai tiga bulan lepas suami saya mula berubah. Saya tak sedap hati. Saya periksa telefon bimbitnya, dan saya nampak mesej-mesej antara Adel dan suami. Saya ambil gambar perbualan mereka guna telefon saya sendiri. Saya tanya suami A sampai Z. Dia mengaku menjalinkan hubungan intim dengan Adel di belakang saya. Kawan-kawan saya nampak mereka daftar masuk ke sebuah hotel di Kota Kinabalu. Saya bersua muka dengan Adel dan suami sebelum pulang ke Johor dan Adel memberitahu dia mahukan suami saya.

Apabila ditanya betul ke dia dan suaminya dalam proses penceraian seperti yang didakwa oleh Adel, dan ini yang dijawab oleh isterinya.

Saya dan suami tidak pernah bercerai, bagaimana suami saya boleh menjadi duda dan tiba-tiba kami dalam proses penceraian? Keluarga saya sangat bahagia. Selepas berlaku begini suami saya mula menipu dan segala pergerakan Adel dan suami dapat saya lihat melalui akaun Instagram Adel. Sepanjang saya di kampung mereka berkaraoke, bercheck-in, Adel ikut suami saya ke hulu ke hilir.

Tapi yang paling memeranjatkan apabila Hairin siap bagitahu yang suaminya pernah memberitahu bahawa dia akan meninggalkan Adel perlahan-lahan tapi sekarang sekarang masih menjalinkan hubungan dengan Adel.

Hmm harap-harap mereka bertiga ni boleh selesaikan masalah ini dengan cara baik. Apa-apa pun kalau boleh jangan kacau rumah tangga orang sebab cuba kita letak diri ke dekat tempat mangsa itu sendiri.

Sumber : beautifulnara



No comments