"Terima kasih ajar saya, Lamborghini, duit tiada makna" - TMJ

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini meluahkan rasa rindu kepada adindanya, Tunku Laksamana Johor, Allahyarham Tunku Abdul Jalil yang mangkat sejak Disember lalu.


TMJ, Tunku Abdul Jalil

Beliau akui masih sukar untuk menerima hakikat bahawa Tunku Abdul Jalil kini sudah tidak lagi bersamanya.

“Di sebalik kebahagiaan, kemegahan, pertaruhan, terdapat kesedihan yang kami perlu lalui setiap hari tanpa anda ada bersama kami. Saya akui ianya amat sukar bagi saya menerima hakikat bahawa anda telah tiada,” antara kata-kata yang dimuatnaik di laman Facebook, Johor Southern Tigers, semalam.


Almarhum Tunku Abdul Jalil disifatkan seorang putera raja berjiwa rakyat mangkat 5 Disember lalu akibat kanser hati tahap empat.

“Fight Like Jalil”, Luahan TMJ terhadap pemergian adiknya Tunku Jalil

Dalam pada itu, Tunku Ismail mengucapkan terima kasih kepada Allahyarham kerana mengajarnya banyak perkara termasuk ALLAH SWT dan kasih sayang adalah segala-galanya.

“Tetapi saya amat memahami mengapa ALLAH SWT mahu anda berada disisi-NYA. Ianya kerana anda seumpama 'Malaikat' di bumi ini.

“Terima kasih untuk panduan yang anda berikan, terima kasih kerana menjadi kekuatan saya, terima kasih kerana menunjukkan kepada saya bahawa sebuah Lamborghini atau duit tidak bermakna apa-apa.

“Terima kasih kerana menunjukkan saya bahawa dalam kehidupan, ALLAH dan kasih sayang adalah segala-galanya. Saya sayangkan anda. Saya rindukan anda,” katanya.



No comments