Terkini


Trump Mengamuk, Akhbar Samakan Dia Dengan Watak Badut

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Surat khabar The New York Daily News, melaporkan kemenangan calon presiden daripada Parti Republik Donald Trump, di New Hampshire sebagai 'kebangkitan mereka yang mati otak' dengan wajah Trump 'diwarnakan wajah badut'.



Dengan kapsyen gambar "sang badut bangkit dengan kemenangan di NH sementara para zombie tanpa otak datang berduyun-duyun".

Sementara itu, menurut laporan USA Today, Trump segera menyerang balik surat khabar itu ketikamana dia diwawancara dengan televisyen Fox News dengan menyebutnya sebagai 'surat khabar yang gagal' dan 'akan segera ditutup, saya sangat yakin.'


Dan seperti yang sangat sering dilakukannya, jutawan itu menggunakan akaun Twitternyar untuk meneruskan serangan ke NY Daily News serta pemiliknya Mort Zuckerman. Dan entah kenapa Trump juga menyerang media lain, Politico.

Daily News, Trump Clown


Trump menyebut surat khabar itu dalam kondisi tidak mempunyai wang, banyak berhutang, beritanya sampah, tidak punya kredibiliti, dan tidak ada orang yang mahu beli.

Namun belum jelas kenapa Trump belum menyerang The Huffington Post, yang menyebutnya sebagai orang yang rasis, seksis, dan xenophobia. - Sinar





No comments