Terkini


Ustaz Kazim Jalani Rawatan Angiografi Koronari

Kota Bharu – Pendakwah terkenal, Datuk Mohd. Kazim Elias akan diberikan rawatan angiografi koronari bagi mengenal pasti punca sebenar masalah kesihatan yang dihadapinya.


Ustaz Kazim Jalani Rawatan Angiografi Koronari

Difahamkan rawatan tersebut adalah merupakan proses memasukkan jarum melalui arteri ke jantung bagi mendapatkan gambaran sebenar kesihatan jantung pesakit.


Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki sempat melawat penceramah tersebut di Unit Kardiologi Invasif, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini bagi memberikan sokongan.

BACA: Doktor Sahkan Terdapat Luka Di Bahagian Otot Jantung Ustaz Kazim


Turut hadir sama, Pengarah jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Dato’ Makhtar Mustapha.

Pada malam Jumaat lalu, Ustaz Kazim hanya sempat menyampaikan ceramah kira-kira tujuh minit di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sri Gunong, Bachok sebelum dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dipercayai akibat serangan jantung. - SH Online



No comments