Terkini

Ustaz Zamihan Terima Notis 24 Jam Bertukar Ke JAKIM

SHAH ALAM – Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin ditukar ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkuatkuasa 24 jam.


Ustaz Zamihan Terima Notis 24 Jam Bertukar Ke JAKIM

Katanya, surat pertukaran itu diterima hari ini dan merasakan pertukaran itu adalah berkaitan dengan isu kontroversi debat antara beliau dan Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin.


“Ya betul, saya akan ditukarkan dan perlu lapor diri pada Khamis ini.

“Jakim sudah keluarkan surat kepada saya, arah bertukar 24 jam ke Jakim,” katanya kepada Sinar Online hari ini.

Zamihan kini bertugas di Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran di Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Dalam pada itu, katanya lagi dia akan meminta pandangan daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkenaan pertukaran ini.

“Saya tak akan buat rayuan ini, ia ada kaitan plot nak tukarkan saya.

“Saya nak tanya Datuk Seri (Ahmad) Zahid macam mana kalau dia masih perlukan saya di sini (KDN)…kalau tidak saya angkat kaki dari perkhidmatan awam,” katanya.-MYNEWSHUB.CC



No comments