Terkini

Video: Kemalangan Motosikal ‘Hantu’ Di Singapura

Video: Kemalangan Motosikal ‘Hantu’ Di Singapura. BOLEHKAH anda meneka dari mana datangnya pembonceng motosikal dalam video ini?


Kemalangan Motosikal ‘Hantu’ Di Singapura
Menerusi video yang dikongsikan di laman Facebook Singapore Reckless Drivers, seorang pemandu kereta terperanjat besar apabila kenderaannya secara tiba-tiba dirempuh penunggang motosikal ‘hantu’ dalam kejadian di Jurong West Street 42.


Di permulaan video, pemandu kenderaan Nissan Latio itu kelihatan sedang menunggu di persimpangan lampu isyarat. Setelah bertukar hijau, dia memandu masuk ke kanan jalan.

Namun secara tiba-tiba muncul pembonceng motosikal dari arah itu, mengakibatkan berlaku perlanggaran.

Perhatikan video ini pada selang masa 0:17 saat, persoalannya ialah dari mana datangnya motosikal terbabit?

Apa-apa pun, mujurlah pemandu dan kedua-dua pembonceng skuter berkenaan hanya mengalami cedera ringan.

SAKSIKAN JUGA: Video Kemalangan Pelik 'Kereta Hantu' Muncul Tiba-tiba

Video mengenai kemalangan pelik tersebut kini giat dikongsikan di media sosial Singapura.





No comments