Terkini

VIDEO: Mana Terbaik Sepakan Percuma Faiz Subri atau Roberto Carlos?

Pulau Pinang membuktikan pasukan mereka antara skuad yang perlu diberikan perhatian pada musim ini dengan mencatatkan kemenangan bergaya 4-1 selepas menewaskan Pahang dalam aksi pertemuan yang berlangsung baru-baru ini.


Mana Terbaik Sepakan Percuma Faiz Subri atau Roberto Carlos?

Bukan sekadar mencatatkan kemenangan, skuad Harimau Kumbang itu turut mendapat perhatian dunia selepas pemain tengahnya, Faiz Subri mencetuskan fenomena dengan kejayaan menghasilkan gol menarik hasil sepakan percuma yang diambil pada minit ke 62.


Penjaga gol Pahang, Nasril Nourdin gagal membaca baik sepakan percuma oleh Faiz yang melencong dengan unik sebelum menerjah masuk ke penjuru kanan gol.

BACA: Gol Cantik Faiz Subri Curi Tumpuan Seluruh Dunia Bola Sepak (Video)


Gol kedua oleh Faiz dalam perlawanan itu mendapat perhatian umum serta portal-portal sukan di dunia berikutan jaringan berkenaan dilihat seakan-akan seperti sepakan percuma yang dilakukan oleh bekas pemain Brazil, Roberto Carlos pada perlawanan menentang Perancis beberapa tahun lalu.

Berikut adalah rakaman perbandingan jaringan gol freekick Faiz Subri dan Roberto Carlos:


Apabila menyebut “sepakan percuma Roberto Carlos”, semua pihak dengan segera terfikir Le Tournoi 1997, iaitu perlawanan persahabatan antara Brazil dan Perancis di mana ketika itu Carlos melakukan sepakan dikenali “banana kick” yang seolah-olah melawan hukum fizik.

Ia antara jaringan yang paling unik dalam sejarah bola sepak dunia apabila bola melencong ke tepi barisan benteng pemain lawan sebelum menerjah gawang gol.

Namun, laman berita Mirror.co.uk membuat ulasan, gol itu kini tidak lagi unik selepas Faiz Subri melakukan jaringan ‘lebih’ aneh, bukan sahaja lebih melencong berbanding sepakan Carlos, tetapi turut menjunam laju untuk singgah ke penjuru atas gawang.

Mana satu jaringan yang lagi menarik dan terbaik? Adakah gol freekick Faiz Subri itu layak dibandingan dengan jaringan freekick Roberto Carlos? Layak ke dicalonkan untuk FIFA Puskas Award 2016?

Menurut portal independent.co.uk, jaringan berkenaan layak dicalonkan untuk memenangi FIFA Puskas Award atau Anugerah Puskas iaitu anugerah yang diberikan kepada jaringan gol yang tercantik.


Selain itu, portal thesportbible turut memuat naik jaringan cantik yang dihasilkan oleh anak didik Jacksen Tiago itu malah ia turut mendapat perkongsian daripada netizen dari seluruh dunia.


Faiz sebelum itu menjaringkan gol pembukaan buat Pulau Pinang seawal minit ketiga dan Matias Cordoba menambah jaringan skuad harimau kumbang enam minit kemudian.

Osas Ikpefua memberikan kedudukan selesa buat Pulau Pinang hasil jaringan pada minit ke 87manakala skuad Pahang hanya menerima gol saguhati melalui jaringan Mohd Kamarulzaman pada masa tambahan perlawanan.




No comments