Video: Polis Terima Rasuah RM60 Sempat Nasihat Pemandu

RAKAMAN seorang anggota polis menerima rasuah mula menjadi viral di laman sosial Facebook sejak beberapa hari lalu.

RAKAMAN seorang anggota polis menerima rasuah mula menjadi viral di laman sosial Facebook sejak beberapa hari lalu.


Video: Polis Terima Rasuah RM60 Sempat Nasihat Pemandu
Video berdurasi 2 minit 9 saat itu memaparkan kejadian di tepi jalan yang tidak diketahui lokasi tepatnya tetapi ia dikatakan berlaku di Cheras.

Menerusi rakaman tersebut, pemandu berkenaan bersama rakannya yang berada di dalam kereta seolah cuba memujuk anggota polis berkenaan agar menerima ‘bayaran khas’ selepas dipercayai melakukan kesalahan memotong laluan di garisan berkembar.


“Sekarang saya kasi last chance, satu ratus boleh? You mau bayar tiga ratus ka atau bayar satu ratus?” kata pegawai polis dalam rakaman berkenaan.

Sejurus kemudian, anggota polis berkenaan dilihat akur selepas berkali-kali dipujuk pemandu agar mengurangkan jumlah suapan kepada RM60.

“Enam puluh boleh ah? Boleh laa boleh laa,” ujar pemandu berkenaan seperti mana kedengaran dalam rakaman tersebut.

Pemandu berkenaan dilihat berjaya menjalankan ‘urusan niaga’ dengan anggota polis terbabit yang di akhir video, kedengaran memberi nasihat “jangan buat lagi” kepada si pemandu.

Susulan tersebarnya video ini, ramai netizen mengecam tindakan penguatkuasa yang tidak amanah ketika menjalankan tugas.

“PDRM tak patut simpan anggota seperti ini dalam unit pasukan kerana ia mencerminkan betapa mudahnya undang-undang dibeli dengan rm60 sahaja! Dalam hal ini kita sebagai pengguna jalan raya juga BERSALAH kerana cuba memberi rasuah! Jangan kita pandang pda kesalahan orang lain.. tapi pandang juga kesalahan diri kita,” tulis Pendekar Tanpa Nama.

“Saya pernah kena macam ni, tahan 2 melayu 2 chinese.. tapi 2 chinese tak tulis saman sebab sanggup bayar… saya dan 2 melayu lagi disaman… sebab kami anggap rasuah tu satu dosa… kami tak sanggup beri lebih baik bayar saman,” komen Ahmad Ismail Bin Man pula.




COMMENTS

Name

aidilfitri,19,akhir zaman,40,akhirat,9,Al-Quran,27,arbain nawawi,5,artis,1218,aurat,34,Bacaan Doa,4,blogging,13,bulan islam,6,dajjal,22,darah wanita,3,download,6,Drama,16,ebola,7,English,21,filem,23,fiqh,27,freemasonary,6,global,1337,hidayah,45,hijrah,3,illuminati,11,imam mahdi,7,informasi,2307,inspirasi,56,isu semasa,854,jenayah,747,kebangkitan,5,Kebesaran Allah,111,kematian,16,khilafah,10,khusnul khotimah,16,kisah al-quran,16,Kisah Nabi,31,Kisah Teladan,226,konspirasi,49,Krisis Mesir,26,lahad datu,74,masjid,16,MH17,177,MH370,385,motivasi,14,muharram,3,munakahat,5,Nabi Ibrahim,3,Nabi Musa,7,Nabi Sulaiman,6,NSFW,139,paranomal,70,pelajaran,124,Pelik,217,pluralisme,2,PMR,20,PT3,64,putera bani tamin,2,QZ8501,53,ragam,1457,ramadhan,49,Rasulullah,22,raya,3,satanisme,8,sejarah,52,sekularisme,3,SJ Agama,13,solat,17,solat sunat,6,songsang,28,SPM,9,su'ul khotimah,15,sukan,129,syiah,19,tauhid,4,tazkirah,83,tokoh ilmuwan,15,tokoh muslim,21,UAI,14,ulama' nusantara,7,video,248,wanita,36,widget,7,Wordless-Wednesday,7,worldcup,54,yahudi,51,
ltr
item
OhDunia.My: Video: Polis Terima Rasuah RM60 Sempat Nasihat Pemandu
Video: Polis Terima Rasuah RM60 Sempat Nasihat Pemandu
RAKAMAN seorang anggota polis menerima rasuah mula menjadi viral di laman sosial Facebook sejak beberapa hari lalu.
https://2.bp.blogspot.com/-I3g37EqIASk/VspeXaDVCSI/AAAAAAAA2Yo/p85venLHz7w/s640/rasuah.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-I3g37EqIASk/VspeXaDVCSI/AAAAAAAA2Yo/p85venLHz7w/s72-c/rasuah.jpg
OhDunia.My
http://www.ohdunia.my/2016/02/video-polis-terima-rasuah-rm60-sempat-nasihat-pemandu.html
http://www.ohdunia.my/
http://www.ohdunia.my/
http://www.ohdunia.my/2016/02/video-polis-terima-rasuah-rm60-sempat-nasihat-pemandu.html
true
2744712085685001279
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy