Terkini

Wanita Muslim Mencecah 10 Juta, Malaysia Jadi Lubuk Jual Tudung!

Lepas ni ramai la peniaga akan tukar angin dengan menjual tudung pulak. Mana taknya, tengok la di Malaysia sekarang, perniagaan yang paling untung ialah dengan menjual tudung.


Wanita Muslim Mencecah 10 Juta, Malaysia Jadi Lubuk Jual Tudung!

Menurut The Malay Mail Online, bancian penduduk mendapati, golongan wanita adalah seramai 8.48 juta daripada keseluruhan 17.3 juta penduduk Islam negara ini.


Ia menunjukkan pengaruh pasaran perniagaan untuk wanita Islam amat besar di negara ini terutamanya tudung.

Jadi tidak hairanlah ramai usahawan fesyen tudung tumbuh bagaikan cendawan sejak lima tahun kebelakangan ini apatah lagi golongan wanita bertudung kini semakin obses untuk memakai hijab mengikut fesyen dan trend terkini.

FAKTA: Jualan Tudung Naelofar Hijab Mencecah RM50 Juta

Antara usahawan tudung terawal adalah Ariani dan Fareeda, dan semakin menjadi trend dikalangan beberapa selebriti muda termasuk pelakon Nora Danish dengan jenama Owl dan Vivy Yusof dengan dUCK.




Lihat saja pelakon dan pengacara cantik Neelofa, yang bergelar jutawan muda apabila tudung jenamanya NaelofarHijab menjadi kegilaan dan mendapat sambutan pasaran negara, sehingga mencatat jualan RM50 juta tahun lepas.

Faktor “penghijrahan” imej di kalangan artis dan selebriti tempatan juga menjadi daya tarikan, antaranya Datuk Siti Nurhaliza, Yuna, Erra Fazira, Rozita Che Wan dan Elfira Loy.

Sumber : Hanasuva



No comments