Terkini

Yatt Hamzah Selamat Bernikah Kali Kedua

Pada jam 9 pagi tadi, Yatt Hamzah atau nama sebenarnya Haryati Hamzah, 36, telah selamat diijabkabul dengan pasangannya, Mohammad Zulfadhli Khiruddin, 26, di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.


Yatt Hamzah Selamat Bernikah Kali Kedua

Pasangan ini dinikahkan oleh Jurunikah masjid berkenaan Muhamad Sujak Dusuki berwakil walikan hakim dengan sekali kali lafaz.

Dalam majlis tersebut, Yatt telah menerima mas kahwin berjumlah RM300 manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.


Bagi barang hantaran pula, pihak perempuan menyerahkan 11 dulang hantaran kepada pihak lelaki dan dibalas dengan sembilan.

Majlis yang berlangsung secara sederhana itu turut dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan kenalan rapat pasangan tersebut.

Ketika ditemui media, Yatt berkata yang dia bersyukur majlis pernikahan berjalan dengan lancar dan berharap ikatan perkahwinan mereka berkekalan ke akhir hayat.

“Alhamdulillah semua sudah selesai dan bersyukur majlis pada hari ini berjalan lancar dan seperti mana pasangan lain saya turut berharap ikatan ini akan berkekalan sehingga akhir hayat,” ujarnya dipetik sebagai berkata.

Yatt sebelum ini pernah berkahwin dengan Abdul Mutalib Shukor pada 29 Mac 2009 namun bercerai dengan talak satu pada 25 Ogos 2015.

Hasil perkahwinan Yatt dengan Talib, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Suci Hanania Malika Abdul Mutalib yang kini berusia 5 tahun.



No comments