Zizie Ezette Sindir Pihak Dakwa Beliau Abaikan Suami

Zizie Ezettesindir phak yang mendakwa beliau abaikan suami. Pelakon Zizie Ezette baru-baru ini memuat naik status dan gambar hidangan masakan 'asam pedas Sabah', di laman sosial Instagramnya.


Zizie Ezette Respon Dakwaan Abaikan Suami

Lebih mencuri tumpuan gambar tersebut turut disertakan #jgncakapakakxsuami #adabendatakperlulahnakdipost dan #kalautakpostbukantaksayang


Hastag tersebut seolah-olah menyindir sesetengah pihak yang tidak habis-habis mencari kesalahan dirinya malah pelakon berkulit putih gebu dikatakan mengabaikan suaminya Bung Mokhtar.

Baru-baru ini suaminya itu yang juga merupakan ahli politik yang merupakan Ahli Parlimen Kinabatangan, Sabah, telah dimasukkan ke Hospital Pusat Perubatan Prince Court bagi menerima rawatan pemindahan buah pinggang.



No comments