Anugerah Bukan Keutamaan, Yang Penting Sokongan Peminat – Datuk Siti Nurhaliza

Buat sesetengah artis, mereka tentu sekali mengidamkan anugerah ternama bagi mengukuhkan lagi diri mereka dalam dunia hiburan. Malah, ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit untuk mengundi diri sendiri selain meminta undian daripada peminat.


Anugerah Bukan Keutamaan, Yang Penting Sokongan Peminat – Datuk Siti Nurhaliza

Namun, buat Datuk Siti Nurhaliza itu bukan keutamaan buat dirinya. Apa yang penting ialah peminat beliau yang sentiasa menyokongnya.

Datuk Siti Nurhaliza juga sering menasihati peminat beliau untuk tidak mempertikaikan sebarang keputusan udian jika beliau tidak memenangi apa-apa anugerah dan tewas dengan selebriti lain.


Kami ada prinsip dan falsafah sendiri dan mereka faham tentang itu, saya selalu ingatkan mereka kalau menang adalah rezeki dan kalau kalah pula, tidak boleh pertikaikannya.

Lagi pula kemenangan dalam mana-mana anugerah bukan keutamaan saya kerana yang penting ialah peminat selalu menyokong kerjaya saya.

Datuk Siti Nurhaliza

Saya tidak pernah memaksa mereka untuk mengundi atau susun strategi agar saya menang dalam mana-mana kategori. Semua urusan itu saya serahkan kepada peminat kerana kalau menang pun untuk mereka dan kalah pun tidak mengapa.

Datuk Siti Nurhaliza

Setiap jatuh bangun artis itu bergantung kepada peminat, oleh itu artis harus menghargai peminat mereka dan jangan pernah sesekali sombong.

Sumber Berita : mStar Online


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments