Terkini

Apa Nasib Proton Selepas Tun M Tandatangan Deklarasi Rakyat?

"Soalan bernilai 64 juta ringgit adalah, adakah kerajaan akan terus menyokong Proton?" soal wartawan permotoran selepas Dr Mahathir memulakan dan menandatangan Deklarasi Rakyat bagi meminta PM Najib Razak letak jawatan.


Apa Nasib Proton Selepas Tun M Tandatangan Deklarasi Rakyat?

KUALA LUMPUR: Syarikat automotif negara, Proton, nyata sukar meneruskan legasinya tanpa bantuan kerajaan lebih-lebih lagi selepas ianya kini diteraju oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2014.

Pengendali blog Rockybru, Datuk Ahirudin Attan berkata, sejak awal penglibatan semula Dr Mahathir ke dalam Proton, ramai dari kalangan ahli syarikat tersebut tidak bersetuju dengan tindakan bekas Perdana Menteri itu.


"Bila Dr M (Mahathir) mengambil jawatan Pengerusi Proton daripada (Tan Sri) Khamil Jamil pada Mei 2014, saya memberitahu beberapa orang beliau sepatutnya tidak perlu (kembali ke Proton). Ianya akan menyukarkan syarikat. Malah ada dari kalangan dalam Proton masih bersetuju dengan saya. Sesetangah, bukan semuanya.

"Terutama selepas Deklarasi Rakyat yang mengejutkan minggu lalu melibatkan Tun Mahathir, Lim Kit Siang, (Datuk Seri) Azmin Ali, S Ambiga, Mat Sabu, (Datuk) Zaman Khan, Ku Li dan lain-lain," katanya di laman rockybru.com.

"Bukan saya seorang sahaja tertanya-tanya berapa ramai dari 12,000 pekerja Proton telah menandatangan atau akan menandatangan kononnya Deklarasi Rakyat oleh Pengasas atau Pengerusi (Proton)," soalnya.

Ujarnya, kebergantungan Proton kepada kerajaan untuk kekal berada didalam industri sangat tinggi walaupun syarikat itu kini sudah diambil alih oleh Kumpulan DRB-Hicom milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.


"Malah, ianya sangat dipercayai bahawa Proton - atau, mungkin, keengganan Najib Razak melabur wang seperti diminta oleh Dr M - salah satu sebab mengapa Tun Sangat mahukan anak kepada Tun Razak disingkarkan selama-lamanya.

"Banyak perkara mengenai Proton dilepas pandang sejak kebelakangan ini. Dan kini, ada beberapa orang dalam Proton menyalah Dr Mahathir diatas masalah syarikat," katanya lagi. - mD


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami →



No comments