Badan Dijilat Api Kerana Telefon Bimbit Tiba-tiba Terbakar

Karachi – Seorang lelaki di Pakistan dilaporkan cedera parah selepas telefon bimbitnya tiba-tiba terbakar lalu menyebabkan pakaiannya dijilat api.


Badan Dijilat Api Kerana Telefon Bimbit Tiba-tiba Terbakar

Kejadian mengejutkan itu berjaya dirakam seorang saksi menggunakan telefon bimbit sebelum video berkenaan menjadi viral di Internet.

Rakaman video itu menunjukkan seorang lelaki turun dari sebuah bas dan tidak menyedari poket seluarnya tiba-tiba mengeluarkan api.

Lelaki itu dilihat segera mengeluarkan telefon bimbit yang terbakar dari poket dan mencampaknya ke tanah tetapi api merebak ke bajunya.

Mangsa kemudian berlari dalam bulatan sambil menjerit meminta tolong.


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments