Terkini

Datuk Siti Lancar Jenama Pakaian Sendiri “Creacion By Siti Nurhaliza”

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, meluaskan lagi empayar perniagaannya dengan mengeluarkan jenama pakaian sendiri.


Datuk Siti Lancar Jenama Pakaian Sendiri “Creacion By Siti Nurhaliza”

Di bawah jenama Creacion by Siti Nurhaliza, penyanyi terbabit menghasilkan semua koleksi ‘ready-to-wear’ berkenaan berdasarkan ideanya sendiri dengan kerjasama jenama hijab terkenal, Ariani.


Menurut Siti, sebagai wanita dan pencinta fesyen, perniagaan itu memang menjadi impiannya sejak dulu lagi.

“Selepas produk kosmetik, memang Siti teringin untuk mengeluarkan koleksi pakaian berjenama sendiri. Perbincangan dengan pihak Ariani untuk menghasilkan koleksi ini pula sudah lama diadakan, cuma baru sekarang ia menjadi kenyataan, katanya kepada Berita Harian.

Creacion By Siti Nurhaliza

Koleksi pakaian tersebut direka khusus untuk semua golongan wanita sama ada berhijab ataupun tidak.

Malah, wanita bertubuh gempal juga boleh bergaya dengan jenama terbabit dengan menyediakan pelbagai, saiz sehingga XXXL.

Creacion By Siti Nurhaliza

Creacion By Siti Nurhaliza

Selain koleksi pakaian, Siti juga turut mengeluarkan dua koleksi hijab iaitu Ariani x Siti Nurhaliza dan Ariani Stockist x Siti Nurhaliza.

Kesemua koleksi berkenaan kini boleh didapati di Butik Ariani, Jakel Mall, Kuala Lumpur.


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments