Disindir Selepas Harta 3 Trillion Yang Bakal Diwarisi Terdedah

Sejak peminat dikejutkan dengan berita Tao bakal mewarisi sejumlah 3 Trilion CNY (sekurang-kurangnya USD 3 billion) daripada ayahnya, media di Korea dan China sibuk menjadikan topik harta pusaka tersebut sebagai tajuk utama akhbar.


Disindir Selepas Harta 3 Trillion Yang Bakal Diwarisi Terdedah

Timbul spekulasi mengatakan Tao memang dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga dan kehidupan serba mewah. Malah tidak ada orang lain yang tahu bertapa kayanya dia kerana bekas anggota kumpulan KPop berpengaruh, EXO, ini tidak pernah menyebut atau mendedahkan langsung identiti sebenarnya, kecuali bagi orang-orang betul-betul rapat dengannya tahu bahawa dia adalah anak kepada salah seorang hartawan yang terkemuka di China.

Walau bagaimanapun, kini seluruh dunia tahu mengenainya latar belakang anak muda berusia 22 tahun ini dan alang-alang identitinya telah terbongkar nampaknya Tao tidak lagi teragak-agak mendedahkan menerusi laman sosial mengenai kehidupannya yang serba mewah.


Beberapa hari lalu, pemilik nama sebenar Huang Zitao ini memuat naik menerusi laman sosial Instagram sekeping gambar menunjukkan dia berbaring di tengah-tengah ruang rumahnya.


Gambar tersebut mendapat reaksi ramai dan rata-rata memberikan komen berbaur sarkastis sindiran terhadap bekas rapper EXO-M ini.

Tak kurang segelintir pihak yang melemparkan kata-kata kesat dan menyifatkan Tao sudah berlagak sombong. Namun juga ramai yang menyokong dan memberi kata-kata semangat kepada Tao.



Terdahulu, laporan media China menyebut Tao akan mewarisi 20 trilion CNY (lebih kurang USD 3 billion) daripada bapanya. Bapanya merupakan ahli perniagaan dan hartawan terkenal dan didakwa mempunyai 5 buah rumah agam yang terletak di Qingdao, dan merupakan pemilik syarikat yang mempunyai saham dan aset bernilai kira-kira 20 trillion CNY.

Bukan setakat itu, pada tahun 2007 bapa Tao dilaporkan menduduki di tangga ketujuh sebagai Orang Terkaya di Qingdao. Bagaimanapun beliau pernah mengalami zaman kejatuhan pada tahun 2002 namun figura tersebut bangkit semula membina kembali empayar harta kekayaannya dan menduduk status hartawan sehingga kini.

Sementara Tao yang menganggotai EXO pada tahun 2012 (sub-unit EXO-M iaitu grup untuk aktiviti dan promosi di China) bagaimanapun pada Ogos 2015 memfailkan saman terhadap SM Entertaiment disebabkan beberapa konfliK dan isu kesihatan. Akhirnya dia nekad mahu menamatkan kontrak dengan label pengUrusan artis berpengaruh di Korea itu.

Manakala SM Entertaiment pula mendakwa Tao melanggar kontrak kerana mempromosikan dirinya sebagai artis solo secara senyap-senyap sedangkan ketika itu kontraknya bersama label tersebut belum berakhir.

Pada 25 Ogos tahun lalu, Tao secara rasmi meninggalkan kumpulan EXO. Karier nyanyiannya tidak terhenti di situ, sebaliknya dia semakin meraih populariti sekembalinya ke China. Sejurus meninggalkan EXO, Tao memadamkan nama kumpulan itu di profil akaun media sosial miliknya dan menukar dengan namanya.


Dia membuka studionya sendiri dan melancarkan album solo pertama. Selain dia mendapat banyak tawaran berlakon drama dan filem. Termasuklah memengang watak utama menerusi filem yang diadaptasi daripada novel misteri terlaris Jepun berjudul Summer - 19 Years Old Portrait. Filem tersebut menjalani penggambaran di Taiwan dan dijangka akan ditayangkan pada Ogos 2016.

Pada Disember tahun lalu, Tao memenangi anugerah Persembahan Terbaik pada Anugerah Muzik Migu 2015 dan anugerah Penyanyi Lelaki Paling Berpengaruh pada anugerah Festival Video Mobil.


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami →



No comments