Dua Janda Memadu Asmara Di Hotel Bajet

BANDARAYA MELAKA - Dua wanita berstatus janda antara empat pasangan yang ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) dalam serbuan berasingan di hotel bajet sekitar bandar ini, di sini, semalam.


Janda Memadu Asmara Di Hotel Bajet

Kedua-dua wanita berusia 40-an termasuk seorang warga Indonesia itu ditahan bersama pasangan masing-masing termasuk seorang lelaki warga Nepal dalam operasi bersepadu anjuran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Ketua Penguat kuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, tangkapan pertama membabitkan seorang janda anak enam berusia 47 tahun bersama teman lelakinya warga Nepal berusia 22 tahun di sebuah hotel di Jalan Tun Ali di sini.


“Wanita berasal dari Jasin yang bersama pasangannya warga Nepal itu pada awalnya enggan memberi kerjasama dan mereka hanya membuka pintu bilik selepas 20 minit diarah berbuat demikian.

“Seorang lagi janda berusia 31 tahun ditahan bersama kekasihnya berusia 25 tahun di sebuah hotel di Jalan Kesidang dan kedua-duanya berasal dari Johor.

Rahimin berkata, wanita itu mengaku terpaksa menyewa bilik hotel berkenaan kerana penat selepas mengambil kekasihnya di tempat kerja di sebuah kilang sebaik sahaja tiba di negeri kelmarin.

“Wanita yang mengakui mempunyai dua anak itu juga cuba memberi alasan sudah bertunang dan merancang mendirikan rumah tangga dalam tempoh terdekat bagi mengelak daripada diambil tindakan Jaim.

“Mereka antara empat pasangan berusia 22 hingga 50 tahun yang ditahan Jaim dalam serbuan di tiga hotel bajet dalam operasi bersepadu oleh MBMB dengan agensi lain,” katanya.

Menurutnya, kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekedudukan yang boleh didenda sebanyak RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“Dalam operasi itu kita juga keluarkan notis perintah hadir ke Bahagian Pengkuat kuasaan Jaim bagi siasatan lanjut terhadap dua lelaki yang didapati minum minuman keras di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya,” katanya. - Sinar Harian


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments