Terkini


Elly Mazlein Kongsi Wajah, Nama Anak Selepas 7 Hari

Pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein, 36, yang telah selamat bersalin pada Selasa (semalam), memaklumkan akan berkongsi nama dan wajah anak sulungnya itu selepas tujuh hari kelahiran bayi tersebut.


Elly Mazlein

Memetik laporan Harian Metro, Elly selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.5 kilogram di sebuah pusat perubatan di ibu negara.

Menurut Elly, dia bersalin dua minggu awal dari tarikh jangkaan bersalin iaitu pada hujung bulan ini.


"Alhamdulillah, saya selamat bersalin secara normal. Anak juga dalam keadaan sihat," katanya akan menjalani proses berpantang secara tradisional.

Elly Mazlein

Elly mendirikan rumah tangga dengan pengarah drama, Azmi Hatta, pada 9 November 2014.

----------------

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments