Terkini

Fenomena Gerhana Matahari Separa Esok

Kuching – Fenomena gerhana matahari separa yang dijangka berlaku esok boleh mencapai litupan maksimum sehingga 87 peratus di negeri ini, kata Exco Persatuan Astronomi Sarawak, Rambli Ahmad.


Gerhana Matahari

Beliau berkata berdasarkan jadual yang dikeluarkan oleh Agensi Angkasa Negara (Angkasa), litupan paling tinggi itu akan dapat dilihat di Kuching.


“Gerhana matahari separa ini dapat dilihat di mana-mana sahaja kawasan di negeri ini. Rakyat di negeri ini berpeluang menyaksikan gerhana matahari separa bermula 7.24 pagi dan berakhir 9.31 pagi,” katanya kepada pemberita di Planetarium Sultan Iskandar, di sini Selasa.

Rambli berkata fenomena esok adalah satu-satunya fenomena gerhana matahari separa yang akan dapat disaksikan di Malaysia tahun ini atau perlu menunggu sehingga 26 Dis 2019 untuk berpeluang menyaksikannya sekali lagi.

“Orang ramai boleh datang ke Planetarium ini untuk melihat fenomena tersebut, kita akan sediakan ‘Meade Telescope 8 inch’ bagi tujuan tersebut.

“Selain itu orang ramai boleh melihat fenomena ini di mana-mana sahaja. Bagaimanapun, orang ramai dilarang melihat terus ke arah matahari tanpa penuras yang sesuai kerana ia boleh menyebabkan mata menjadi buta kekal,” katanya.

Rambli berkata untuk sebarang perkembangan terkini berkenaan gerhana matahari separa ini, orang ramai boleh melayari laman sesawang, Facebook dan Twitter: Agensi Angkasa Negara (ANGKASA). – Bernama


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami →


No comments