Filem Munafik Lakar Sejarah Kutipan di Singapura, Brunei

Filem Munafik melakar sejarah tersendiri dalam industri perfileman tempatan apabila mencatat kutipan RM10 juta selepas 14 hari ditayangkan di pawagam.



Menariknya, Munafik menjadi filem Melayu pertama mendapat kutipan tertinggi dalam tempoh tujuh hari tayangan di Singapura dan Brunei sejak mula ditayangkan pada 25 Februari lalu.


Filem seram Islamik itu diarahkan pengarah muda, Syamsul Mohd Yusof yang juga anak pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam.

Memetik laporan Harian Metro, Syamsul berkata, dia dan bapanya berkampung di pejabat setiap malam bagi memantau jumlah kutipan.

“Saya terkejut dengan sambutan luar biasa di Brunei dan Singapura. Apatah lagi tayangan filem ini serentak dengan beberapa filem Hollywood.

“Apa-apa pun, saya berserah dan tawakal kepada Allah. Sejak dari awal lagi, saya hanya berharap filem ini balik modal dan tidak rugi,” katanya.




Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments