Terkini

Fiza Elite Sedang Bahagia, Sudah Ketemu Cinta Baru

Pelakon, Fiza Halim, mendedahkan dirinya kini sedang bahagia bersama seorang jejaka yang baharu dikenalinya. Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 35, bagaimanapun enggan mendedahkan identiti jejaka itu buat masa ini.


Fiza Elite

Beliau juga membiarkan peminat menilai sendiri sejauh mana perhubungan itu terjalin menerusi beberapa gambar yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

“Saya belum bersedia untuk memberi komen lanjut mengenai perhubungan itu. Begitupun diakui, saya bahagia dengan seseorang.


“Lagipun gambar yang saya muat naik di Instagram sudah menunjukkan status perhubungan itu,” katanya kepada BH Online.

Fiza berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai beberapa gambar mesra dirinya bersama seorang jejaka seperti yang dimuat naik olehnya ke laman Instagram.

Menerusi beberapa gambar berkenaan, Fiza turut meletakkan keterangan berbaur romantis.

Ekoran itu, ramai peminatnya memberi komen rasa gembira dengan perkembangan bekas anggota kumpulan Elite itu selepas artis terbabit mendedahkan dirinya sudah bercerai, awal Januari lalu.

Fiza mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Adam, pada September 2013. Tidak sampai tujuh bulan, mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada 28 April 2014, tetapi rujuk pada tahun sama.

Fiza Elite


Bagaimanapun, ia juga tidak dapat bertahan apabila mereka sekali lagi bercerai pada 28 Disember 2015. Sebelum itu pada 2006, Fiza berkahwin dengan ahli perniagaan, Ahmed Farriq Zainul Abidin dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua anak perempuan.


Sementara itu, dalam perkembangan lain, Fiza berkata beliau kini sibuk dengan lakonan dan terbaharu, dirinya sedang menjalani penggambaran drama Satu Cinta terbitan JS Pictures.

“Alhamdulillah, sehingga kini rezeki lakonan masih tidak putus dan saya bersyukur kerana tidak semua pelakon, terutamanya yang bertudung, berpeluang seperti saya. Jadi, saya hanya melakukan yang terbaik untuk setiap kerja yang diberikan,” tuturnya. Sumber: BH Online

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments