Terkini

Gadis 21 Tahun Ditembak Pada Hari Perkahwinannya

HANOVER - JERMAN. Seorang gadis berusia 21 tahun yang enggan berkahwin dengan sepupunya sendiri ditembak mati pada hari perkahwinannya.


Gadis 21 Tahun Ditembak Pada Hari Perkahwinannya

Ghazi, 50, bapa kepada mangsa yang hanya dikenali sebagai Shilan memuatnaik imej mayat anaknya yang terbaring dengan berlumuran darah di laman sosial Facebooknya.

"Dengan rasa kehilangan dan kesakitan, saya mengumumkan saya kehilangan anak perempuan saya.


"Dia meninggal dunia dengan keadaan berlumuran darah dan menjadi mangsa khianat dan tradisi," katanya dipetik Telegraph.uk

Ghazi menjelaskan, anaknya itu ditembak mati semasa majlis perkahwinan yang berlangsung di Hanover, Jerman selepas dia enggan berkahwin dengan sepupunya, Sefin, 22 tahun.

Polis telah mendapat waran menahan Sefin. Ghazi berkata, keluarganya berpindah dari Iraq ke Jerman ketika anak perempuannya itu berusia tiga tahun dan terpaksa meninggalkan keluarganya itu dalam jagaan abangnya kerana dia terpaksa bekerja di Iraq.

Dia kemudian mendapati, abangnya itu menyuruh Shilan berkahwin dengan Sefin namun apabila dia pulang ke rumah, anaknya itu tidak mahu berkahwin dan merayu kepadanya untuk membatalkan perkahwinan tersebut.

Ghazi membatalkan pertunangan namun anak perempuannya ditembak mati pada 13 Mac lalu pada 10 malam. - SH


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments