Terkini

Guru Dari Palestin Diangkat Sebagai Guru Terbaik Global 2016

DUBAI: Pengalaman dan kemahiran yang dimiliki dalam mengendalikan pelajar trauma akibat perang dan keganasan, menjadi sesuatu yang cukup berharga buat guru dari Palestin, Hanan Al Hroub.


Guru Dari Palestin Diangkat Sebagai Guru Terbaik Global 2016

Selepas semua pengalaman hidup itu dimanfaatkan dalam kerjayanya, beliau kini boleh berbangga apabila diiktiraf sebagai Guru Terbaik Global, dalam majlis anugerah Hadiah Guru Global yang berlangsung di Dubai, pada Ahad.


Guru yang dibesarkan di kem pelarian itu mula menceburi bidang pendidikan selepas melihat sendiri bagaimana anak-anaknya takut ke sekolah kerana pergolakan yang melanda negara itu.

Kemenangan itu membolehkan Hanan membawa pulang hadiah wang AS$1 juta (RM 4.1 juta).

The Guardian melaporkan Hanan bercadang menggunakan wang itu untuk menambah baik sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah, sekali gus membantu menaik taraf sistem pendidikan.

Turut berkongsi kegembiraan dengan kemenangan Hanan itu adalah Permaisuri Jordan, Rania Al Abdullah, Duke of Cambridge, Putera William dan Pope Francis. -Astro Awani


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments